Ruangan Sinar Islam....(AL- Quran Online)
Sudut Renungan
Santapan Minda
Doa Ku...< Puisi.>.....
Doa-Doa Khatam AL Quran Dan Qunut..
Ruangan Santapan Rohani...
Assalammualaikum..Alhamdulillah...syukur nikmat keatas Nya..!!..Kepada Tuhan yang memberi rahmat..Dapat juga Mys siapkan web Sinar Islam ini.Disini Mys menghulurkan tangan memohon beribu kemaafan jika ada kesilapan dan kekurangan dalam web Mys ini.Dan Mys juga ingin mengambil kesempatan memohon beribu kemaafan jika selama ini Mys ada melakukan kesilapan pada kawan-kawan semua...((sengaja ataupun tanpa disedari)).Sesungguhnya Maha Kaya Tuhan yang Maha Esa kurniakan tiap insan nikmat dan bahagia..Walaupun kita semua menjadi hamba...Tapi kita hidup dalam keriangan serta kesempurnaan..aminnnnn.Marilah kita beramai-ramai berselawat ke atas Nabi kita Muhammad SWT...Bersedekah daripada rezeki yang kita perolehi berdoalah kepada Allah...Muslim dan Muslimat wajiblah beribadat..dimasa kita sihat..sebelumnya... terlambat.aminnn..wassalam..Terimakasih..!!

khat1.gif

allahswt.gif

Maaf kepada semua kawan-kawan kerana web ni Mys belum dapat siapkan masa.....Insyallah Mys akan cuba siapkan dalam masa terdekat ini...Jika ada kekurangan dalam web Mys ini ...Mys memohon beribu kemaafan dari semua....Kerna Mys pun tak beberapa pandai dan banyak kekurangannya........Dan pada sesiapa yg sudi untuk memberi pendapat dan artikal mengenai Islam bolihlah email kepada Mys atau kepada email add yang tertera dibawah ini...Terimakasih!!

allah_props_laps.gif

pnbtl.gif

         

                                     Dalam perciptaan langit dan bumi, serta silih

                              bergantinya malam dan siang, terdapat tanda bagi orang

                                                             yang berAKAL     

 

                                           (Hadis riwayat Ali - Imran: 190) 

 

Alhamdulillah...syukur nikmat yang tak terhingga kerana akhirnya berjaya juga ruangan ini saya siapkan....Tak lupa juga ucapan terimakasih kepada kawan-kawan yang banyak memberi sokongan..panduan dan bantuan pada saya untuk ruangan ini....Marilah kita bersama-sama mengunakan ruangan ini sebaik mana sebagai satu manfaat bagi kita semua mempelajari dan mendalami tentang Islam....Sesungguhnya tiada Tuhan yg disembah melainkan Allah....aminn..!!

 

Jika kawan-kawan ingin mengetahui selanjutnya silalah klik pada link-link khas yang telah saya sediakan dibawah ini....Dan jika kawan-kawan ada pertanyaan ataupun padangan serta artikal ingin disiarkan dalam web ini sila email kepada saya...

xpoision@minister.com..

poision9@musician.org

mystery5343@2die2.com

ataupun kepada mereka yang terlibat membantu dalam ruangan ini:

max26@asia.com

anzamie@yahoo.com

 

pnbtl.gif

scroll_allah_mohd.gif

scroll_allah_mohd.gif

infitar.gif

Assalammualaikum...??..Sebenarnya.. sebagai umat Islam.. kita sudahpun mempunyai satu mutiara yang cukup berharga dan bernilai dalam genggaman kita.. Di dalam sanubari kita.. Dan mutiara tersebut adalah Islam.. Satu agama dan cara hidup yang cukup sempurna.. Yang cukup indah.. Yang Allah berikan kepada kita..  
 
Kebanyakan umat Islam di Malaysia.. and most probably di serata dunia.. amat beruntung kerana telah lahir sebagai seorang Islam.. telah lahir dengan nama Ahmad, Abdullah, Hasan, Fatimah, Aminah dan sebagainya.. Mereka lahir dengan mutiara Islam itu berada di dalam genggaman mereka.. Tapi kenapa akhir zaman ini.. Ramai sahaja yang melemparkan jauh-jauh mutiara tersebut.. Maka hati yang bercahaya kembali gelita.. 
 
Mungkin kerana kita tidak bersusah payah mencari mutiara tersebut.. Tidak menitiskan darah untuk mempertahankan mutiara tersebut.. Maka.. mutiara tersebut tidaklah begitu bernilai bagi kita.. 
 
Nabi Muhammad S.A.S.. telah dilemparkan dengan najis oleh puak musyrikin.. telah dilontar batu oleh penduduk Taif sehingga penuh sepatu baginda dengan darah.. Meredah padang pasir yang panas terik untuk berhijrah ke Madinah.. Telah luka dan cedera di dalam Perang Uhud.. Semata-mata supaya kita pada hari ini boleh mengenal Islam.. 
 
Sahabat-sahabat diseksa dan didera.. Dipulau dan dibuli.. Supaya pada hari ini.. Al-Quran boleh sampai pada kita.. Mereka telah mengorbankan segala-galanya semata-mata supaya mutiara yang mereka dapat akan diwarisi oleh generasi akan datang..  
 
Bak kata-kata Aragorn dalam cerita The Two Towers : They have died defending it.. 
 
Generasi Qurani terdahulu telah mengorbankan harta, jiwa dan raga mereka untuk memastikan mutiara yang gemilang akan sampai ke genggaman kita..  
 
Pada zaman ini.. Saudara-saudara kita di Palestin.. mengorbankan nyawa mereka untuk mempertahankan mutiara ini.. Untuk mempertahankan hak mereka untuk mengabdikan diri kepada Illahi..  
 
Tapi ditempat lain di dunia ini.. Berapa ramai umat Islam yang telah lupa tanggungjawab ibadah kepada Allah 'Azza Wa Jalla.. Islam datang dengan mempertahankan maruah dan hak wanita-wanita Islam.. Tapi pada hari ni.. berapa ramai yang menggadaikan maruah diri.. Dengan mendedahkan aurat di atas nama hak wanita.. feminisme.. lalu terjerumus ke dalam gejala sosial dan sebagainya.. Islam datang untuk menjaga nyawa dan keturunan umat Islam.. tapi pada hari ini.. berapa ramai pimpinan yang mencampakkan Islam begitu sahaja.. dan memalingkan diri mereka dari menunaikan hak Allah.. 
 
Mutiara yang gemilang ini sudah tidak dihargai lagi pada mutakhir kini.. Maka umat Islam meraba-raba dalam kegelapan dan mengumpulkan kaca yang disangkanya permata.. Kaca-kaca yang tidak bernilai dijadikan bagai harta yang cukup berharga.. sedangkan mutiara-mutiara dan permata-permata yang begitu banyak dibiarkan begitu sahaja..  
 
Umat Islam berpaling daripada ajaran Islam.. daripada Quran dan Sunnah.. lalu berpegang dengan fahaman-fahaman ciptaan manusia.. Yang disangkakan lebih baik daripada acuan Illahi.. 
 
Ada di kalangan umat Islam pula.. yang dengan izin Allah.. memperoleh hidayah untuk memperjuangkan agama ini.. Tapi mungkin kerana tidak pernah rasa susah payah memulakan perjuangan ini.. cuma mewarisinya.. Ada juga dari kalangan mereka yang tercicir dan lari dari jalan perjuangan..  
 
Mereka ini mungkin sudah lupa bahawa untuk mendapatkan peluang untuk memperjuangkan agama ini.. Adalah satu anugerah dan mutiara dari Illahi juga.. Bukan setiap insan itu Allah pilih untuk mengikut jalan yang telah Rasulullah lalui.. Tidak semua orang yang berpeluang untuk memikul amanah dakwah yang dilakukan oleh Rasulullah..  
 
Mengapa mereka yang dah ada peluang untuk berjuang.. semakin menyepi.. dan melarikan dari perjuangan.. Adakah ini semua tapisan daripada Illahi.. untuk melihat siapa yang benar dan ikhlas.. dan siapa yang dusta dalam perjuangan..  
 
Seperti firman Allah di dalam surah Ankabut, ayat 1-3: 
 
"Adakah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan untuk mengaku mereka itu beriman, dalam keadaan mereka tak diuji. Sesungguhnya Kami (Allah) telah menguji golongan sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah itu benar-benar telah mengetahui siapa yang benar dan dan Allah itu benar-benar mengetahui mereka yang pendusta" 
Teringat kata-kata seorang ustaz 
 
"Jangan sekali-kali berniat di dalam hati untuk berpaling daripada perjuangan kerana Allah akan memalingkan hati kamu nanti dari perjuangan" 
 
Firman Allah dalam surah As-Soff: 
 
"Dan apabila berkata Nabi Musa kepada kaumnya : Wahai kamuku, kenapa kamu menyakiti aku sedangkan kamu mengetahui sesungguhnya aku adalah Rasul Allah yang diutuskan kepada kamu? Maka apabila mereka ingin berpaling, Allah memalingkan hati mereka. Sesungguhnya Allah tidak memberikan hidayahnya kepada orang yang fasiq" 
 
Sebenarnya, kalau kita tak berjuang sekalipun.. akan tetap ada orang yang akan memperjuangkan Islam.. Kita yang memerlukan perjuangan.. Janganlah sehingga Allah memberikan mutiara yang kita lemparkan kepada orang lain.. barulah kita nak menyesal.. 
 
Firman Allah lagi dalam surah Taubah, ayat 39, dan surah Muhammad, ayat 38: 
 
"Melainkan kamu keluar berjuang, kamu akan diazab dengan azab yang pedih dan digantikan dengan pihak yang lain, yang kamu takkan dapat mudaratkan mereka walaupun sedikit. Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa atas segala-galanya" (Surah Taubah) 
 
"... Dan jika kamu berpaling, maka kamu akan digantikan dengan pihak lain selain daripada kamu. Dan mereka ini tidak (berpaling dan engkar) seperti kamu" (Surah Muhammad) 
 
Saya masih ingat lagi ketika saya dan sahabat-sahabat saya begitu nekad dan berazam untuk terus bersama perjuangan ini.. No matter what happens.. Dan saya harap sangat pada Allah.. agar kedua belah kaki saya ini tetap di atas jalan perjuangan ini.. Begitu juga dengan sahabat-sahabat saya yang telah melafazkan azam yang sama.. 
 
Perjuangan ini luas.. Dan cara berjuang itu juga fleksibel.. Bagi yang masih menuntut ilmu.. Belajarlah bersungguh-sungguh.. Dan apabila pulang ke tanah air atau tempat asal.. Jangan lupa memberi peringatan dan ilmu yang telah awak semua perolehi kepada orang setempat.. supaya kita sama-sama berhati-hati dan ingat akan janji Illahi.. Bagi yang dah bekerja.. walaupun sibuk dengan karier masing-masing.. jangan lupa bagi sumbangan kepada Islam dengan cara yang mampu.. Pada zaman ini.. Islam amat ketandusan kemahiran-kemahiran yang ada pada sahabat-sahabat yang ingin berjuang.. Janganlah sia-siakan kemahiran dan ilmu yang telah ada.. Tapi manfaatkan pada Islam..  
 
So.. for myself.. Do I really cherish this pearl that is in my hand? Do I really keep my pledge to Allah to fight for Islam? Am I really in sincere in fighting for Islam? Am I worthy?  
 
Everyday before I sleep.. I ask these questions to myself.. 
 
Kalau nak ikutkan.. diri ni memang tidak layak untuk digelar sebagai pejuang.. Kerana terlampau banyak kelemahan dan kekurangan.. But I just can't stand aside while the world is like this.. 
 
Allah.. 
You know me better than I know my self.. 
You know my heart.. you know my soul.. 
 
Thabbit aqdamana 'ala siratilmustaqeem.. 
Wa thabbi qulubana 'ala deenika wa 'ala taatika.. 
 
Amin.. 
 

pnbtl.gif